ONLINE TRAINING SESSION BY PUBLISHERS : TURNITIN For Instructors (6th May 2020)& IEEE Xplore (8th May 2020) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » ONLINE TRAINING SESSION BY PUBLISHERS : TURNITIN for Instructors (6th May 2020)& IEEE Xplore (8th May 2020)

ONLINE TRAINING SESSION BY PUBLISHERS : TURNITIN for Instructors (6th May 2020)& IEEE Xplore (8th May 2020)

Serdang, 30 Apr - Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Sesi latihan Pangkalan Data Langganan Secara Atas Talian seperti butiran berikut :

   
1. Modul Turnitin for Instructors
Tarikh : 6 Mei 2020 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Fasilitator : Mr. Mazlan Abd Latif
Kaedah : Menggunakan aplikasi ZOOM
Penyertaan terhad kepada 100 pensyarah pertama mendaftar sahaja.
Pendaftaran secara atas talian dibuka melalui URL berikut:
👉https://tinyurl.com/ydeuwmsl
2. Modul IEEE Xplore
Tarikh : 8 Mei 2020 (Jumaat)
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Fasilitator : Mr. Edward Kennedy Thevarakam
Kaedah : Menggunakan aplikasi WEBEX
Penyertaan terhad kepada 50 pensyarah dan pelajar pertama mendaftar sahaja.
Pendaftaran secara atas talian dibuka melalui URL berikut:
👉https://tinyurl.com/y9w7ukyt

 
Objektif kelas diadakan :

1.Mendidik pengguna memahami strategi bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan.
2.Membolehkan pengguna mengenal pasti, mendapatkan dan menilai maklumat dari Pangkalan Data terpilih.
3.Mempelajari kaedah mengakses bahan atas talian dengan lebih berkesan

Oleh itu semua pelajar dan pensyarah digalakkan untuk menghadiri kelas secara atas talian ini bagi memudahkan pencarian bahan rujukan dan penyelidikan melalui sumber-sumber atas talian.

Dimohon pensyarah dan wakil fakulti untuk menguar-uarkan mengenai kelas ini kepada semua pelajar.

Kerjasama Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/ Puan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Bersama-sama ini dilampirkan Poster sebagai rujukan.

Terima kasih.

Tarikh Input: 01/05/2020 | Kemaskini: 04/05/2020 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdKAY~