Majlis Amanat Ketua Pustakawan 2020 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Majlis Amanat Ketua Pustakawan 2020

Majlis Amanat Ketua Pustakawan 2020

Serdang, 19 Februari 2020 – Satu Majlis Amanat  Ketua Pustakawan Tahun 2020 : Inovasi  Memacu Transformasi Ke Arah Perpustakaan Pintar telah diadakan bertempat di Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS). Encik Muzaffar Shah Kassim, Ketua Pustakawan PSAS telah membentangkan pencapaian PSAS sepanjang tahun 2019 dan penetapan hala tuju PSAS pada tahun 2020.

Pada tahun 2020, PSAS juga merancang untuk menuju ke arah STAR Library (Smart, Technology Advanced and Relevant Library) yang merupakan agenda di peringkat nasional. Ia adalah agenda transformasi Perpustakaan Universiti Awam di Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang mahir dengan teknologi maklumat dan komunikasi.

Seterusnya, Ketua Pustakawan juga telah membentangkan pencapaian PSAS sepanjang tahun 2019 merangkumi statistik keseluruhan bahagian-bahagian Perpustakaan, aktiviti-aktiviti yang telah disertai dan dilaksanakan sepanjang tahun 2019 seperti Pelancaran Majlis Read@Uni dan pencapaian kumpulan JanaLib yang telah berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan “4th International Innovation and Design in Library and Information Competition 2019”.

Ketua Pustakawan turut membentangkan mengenai perancangan PSAS pada 2020 yang meliputi perancangan penjanaan pendapatan, penjenamaan semula 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), perancangan Time Motion Study (TMS), penyediaan Deskripsi Tugas (Job Description), projek pembangunan sistem aplikasi dan inovasi, bengkel/latihan ICT dan lain-lain.

Tarikh Input: 19/02/2020 | Kemaskini: 19/02/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdGA4~