Lawatan Penandaarasan EKSA Ke Pusat Perhubungan Alumni, UPM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Lawatan Penandaarasan EKSA ke Pusat Perhubungan Alumni, UPM

Lawatan Penandaarasan EKSA ke Pusat Perhubungan Alumni, UPM

Oleh: Norfaezah Khomsan

Serdang, 14 Julai - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Perhubunguan Alumni (PPA) UPM bagi perkongsian idea dan amalan terbaik dalam pembudayaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di UPM.

 

Ucapan aluan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud

 

Delegasi lawatan yang terdiri daripada 16 orang pegawai PSAS telah disambut oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, Timbalan Pengarah Encik Mohd Fahmi Azar Mistar dan seluruh warga PPA. Melalui ucapan aluan Pengarah, beliau mengalu-alukan kehadiran dan berharap pelaksanaan EKSA dapat dihayati dalam pekerjaan harian dengan niat yang tulus dan ikhlas. Sesi seterusnya diteruskan dengan taklimat oleh Penyelaras EKSA PPA, Encik Sahrizan Mat Yatim yang telah menerangkan perjalanan dan usaha PPA ke arah pembudayaan EKSA dalam komunitinya.

 

 

Sepanjang sesi lawatan EKSA
 

Peserta lawatan seterusnya dibawa ke sekitar PPA meliputi dua zon iaitu Zon Mekar dan Zon Besa dengan penerangan yang lebih terperinci dari Ketua-ketua Zon. Tinjauan lawatan ini meliputi seluruh ruang di PPA termasuk bilik fail, ruang rehat dan ruang kerja pegawai. Ruang Informasi EKSA setiap zon memaparkan maklumat yang jelas dan terkini yang memaparkan imej korporat UPM. Pelbagai kreativiti dan inovasi telah dilaksanakan dari bahan kitar semula bagi tujuan penjimatan jabatan.

 

Gambar berkumpulan peserta lawatan bersama pegawai-pegawai Pusat Perhubungan Alumni, UPM

 

Sesi lawatan berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan perbincangan dan pertukaran pendapat dari kedua belah pihak. Semoga melalui sesi lawatan ini dapat mengukuhkan kerjasama strategik antara PSAS dan PPA.

 

Tarikh Input: 21/07/2022 | Kemaskini: 21/07/2022 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdHA3~