Lawatan Penandaarasan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Proses Pendigitalan Dan Sistem Repositori Perpustakaan | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Proses Pendigitalan Dan Sistem Repositori Perpustakaan

Lawatan Penandaarasan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Proses Pendigitalan Dan Sistem Repositori Perpustakaan

Oleh: Azizah Zainal Abidin, Azwana Ab Rahman dan Norfaezah Khomsan

Serdang, 18 Ogos 2020 - Satu lawatan penanda arasan dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  telah diadakan pada 18 Ogos 2020. Tujuan delegasi seramai 14 orang pegawai KPM yang  diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Puan Norhasziyati Binti Hashim ialah bagi melihat aktiviti dan proses pendigitalan bahan-bahan tesis di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) selari dengan perkembangan maklumat secara atas talian. 

Pada Sesi tersebut, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Ketua Pustakawan UPM, Encik Muzaffar Shah Kassim dan taklimat telah diberi oleh pustakawan dari Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat (BSTM) dan Bahagian Pengurusan Sumber Digital (BPSD). Antara topik perbincangan adalah Pembangunan Sistem e-Theses UPM; Prosedur Kerja Sistem e-Theses UPM serta perkongsian pengalaman dan amalan terbaik pemprosesan bahan tesis dari kedua organisasi. Pelawat turut dibawa melihat bagaimana proses imbasan bahan perpustakaan dilaksanakan di BPSD dan seterusnya ke Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan (BMAP) bagi melihat bagaimana CD tesis disimpan di PSAS. Diharap melalui lawatan ini dapat membantu pihak KPM dalam melaksanakan proses pendigitalan tesis pelajar yang ditaja oleh KPM dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan baik antara KPM dan PSAS.

Sesi perkongsian oleh pustakawan BSTM dan BPSD Lawatan ke Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan

Gambar berkumpulan di arca “We Love UPM”, PSAS

Tarikh Input: 02/09/2020 | Kemaskini: 02/09/2020 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETIAD~