Serdang, 23 Julai 2020 - Kepakaran pustakawan dalam membangun dan mengurus Sistem Pengurusan Perpustakaan KOHA di Perpustakaan Abdul Samad (PSAS) telah menarik perhatian tiga orang pegawai profesional dari German Malaysian Institutite (GMI) untuk mengadakan sesi lawatan penandaarasan (benchmarking).
Pada sesi tersebut, pustakawan dari Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat telah berkongsi pengalaman dan mencadangkan amalan terbaik bagi pelaksanaan KOHA di Perpustakaan GMI. Pihak GMI berminat untuk mendapatkan perkhidmatan khidmat perundingan sistem KOHA serta menyertai bengkel KOHA anjuran PSAS. Diharap melalui lawatan ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai sistem KOHA dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan baik antara kedua-dua institusi.
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi perkongsian oleh pustakawan PSAS | Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan | Gambar berkumpulan di arca “We Love UPM”, PSAS |
Tarikh Input: 27/07/2020 | Kemaskini: 27/07/2020 | syafini
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.