Serdang, 15 Ogos - Pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima pelawat seramai 178 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada 10 Ogos 2022 (Rabu).
Sesi taklimat berkaitan PSAS telah diadakan di Bilik Termasa dan Auditorium Lukut 1. Selepas selesai sesi taklimat diberikan pelawat telah dibawa untuk sesi lawatan sekitar perpustakaan.
![]() |
Sesi bergambar peserta di tangga Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM |
![]() |
Taklimat mengenai Perpustakaan Sultan Abdul Samad yang disampaikan oleh Cik Nazibah Kamaruddin di Bilik Termasa |
![]() |
Taklimat mengenai Perpustakaan Sultan Abdul Samad yang disampaikan oleh Puan Norfaezah Khomsan di Auditorium Lukut 1 |
![]() |
![]() |
|
Sesi lawatan peserta di sekitar Perpustakaan Sultan Abdul Samad |
Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 16/08/2022 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.