Lawatan Ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM (Januari 2023) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Lawatan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM (Januari 2023)

Lawatan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM (Januari 2023)

Serdang, 20 Januari - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha mengerat kerjasama dan memperkukuh jaringan komuniti telah menerima empat kumpulan pelawat pada bulan Januari 2023.

Melalui sesi lawatan ini, para pelajar telah diberi pendedahan secara ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan kepada para warga UPM. Para pelawat juga dibawa mengikuti sesi lawatan berpandu melawat sekitar kawasan PSAS. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab dari para peserta.

Semoga sesi lawatan ini memanfaatkan dan menginspirasi para pelajar untuk menyambung pengajian di UPM.

 

 

           

Lawatan dari Sekolah Menengah Agama Al Falah, Perak pada 5 Januari 2023 seramai 86 orang pelawat.

 

   

Lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin, Port Dickson pada 11 Januari 2023 seramai 36 orang.

 

   

Lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson pada 12 Januari 2023 seramai 88 orang.

 

   

Lawatan Kem Jati Diri Pelajar SPM 2023 pada 20 Januari 2023 seramai 30 orang.

Tarikh Input: 27/01/2023 | Kemaskini: 30/01/2023 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETKA2~