LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR UiTM DI PSAS | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR UiTM DI PSAS

LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR UiTM DI PSAS

Serdang, 5 Februari – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM telah menerima dua (2) orang pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia yang akan menjalani latihan industri di PSAS.

Cik Nur Fatihah Mohd Sharif, merupakan pelajar program Diploma Pengurusan Perpustakaan dari UiTM Cawangan Kedah, Kampus Merbok akan menjalani program latihan industri selama enam(6) minggu bermula 13 Januari 2020 hingga 21 Februari 2020. Pelajar ini akan ditempatkan di setiap bahagian di PSAS mengikut jadual yang ditetapkan dan diberikan pendedahan kepada setiap tugas dan kerja-kerja yang dilaksanakan di setiap bahagian.

Manakala, Encik Mohamad Zulfahmi Bin Abdul Halim adalah pelajar Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Encik Zulfahmi akan menjalani latihan industri selama lima bulan bermula 1 Februari 2020 hingga 30 Jun 2020. Selama tempoh ini, beliau akan ditempatkan di bahagian-bahagian Perpustakaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tarikh Input: 05/02/2020 | Kemaskini: 05/02/2020 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXESNA4~