Kursus Pengendalian Program / Majlis Secara Dalam Talian | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Kursus Pengendalian Program / Majlis Secara Dalam Talian

Kursus Pengendalian Program / Majlis Secara Dalam Talian

Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 26 Februari - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Kursus Pengendalian Program / Majlis Secara Dalam Talian yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyelaras dan urusetia PSAS dalam mengendalikan program / majlis secara dalam talian. Program ini juga diharap telah dapat membantu peserta memahami dan mengaplikasi teknik dan etika profesional dalam pengendalian program secara dalam talian. 

Seramai 100 orang pegawai perpustakaan telah menyertai program yang diadakan secara dalam talian ini. Penceramah jemputan ialah Cik Norzaina Darus yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pengurusan majlis dan protokol di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sepanjang 2 jam program ini berlangsung, peserta didedahkan dengan situasi dan cabaran penganjuran program / majlis di dalam keadaan norma baharu. Penceramah juga menerangkan antara aspek-aspek penting dan senarai semak yang perlu dititikberatkan sewaktu penganjuran majlis sama ada di dalam talian, fizikal ataupun secara hibrid (gabungan antara dalam talian dan fizikal).

Rakaman bagi sesi ini juga telah dimuatnaik di Google Drive Kursus@PSAS untuk capaian warga PSAS. 

         

Poster hebahan Kursus Pengendalian Program / Majlis Secara Dalam Talian

 

Cik Norzaina Darus menerangkan situasi semasa dan cabaran dalam penganjuran program dan majlis secara dalam talian

 

Perkongsian dan perbincangan mengenai keperluan dan senarai semak penganjuran program dan majlis secara fizikal dan dalam talian

Tarikh Input: 08/03/2021 | Kemaskini: 08/03/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
CULeHA6:07:22