Oleh: Norfaezah Khomsan, Nazibah Kamaruddin dan Azizah Zainal Abidin
Serdang, 4 Ogos – Penyampaian maklumat yang tepat melalui penulisan yang berkesan telah mendorong Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) menganjurkan Kursus Asas Penulisan Berita kepada pegawai perpustakaan. Kursus ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
Tuan Haji Shaifol Yazam Mat, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Perancangan dan Pembangunan) PSAS di dalam ucapan aluannya menyatakan perkhidmatan perpustakaan dapat dipromosi dengan meluas melalui penulisan yang berkesan dan penggunaan kepelbagaian platform dalam talian.
Menurut penceramah jemputan Puan Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Perancangan Strategik, Jabatan Pengarang, BERNAMA, penulisan tajuk (headline) dan tiga perenggan utama di dalam badan berita akan menentukan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan dan mendapat fakta yang ingin disampaikan. Penetapan tajuk yang sesuai dan penyusunan kandungan menggunakan elemen 5W 1H adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian. Beliau turut menekankan kepentingan meletakkan sumber bagi berita yang dilaporkan supaya pembaca boleh merujuk sekiranya ada keperluan. Antara kaedah penulisan yang telah dikongsikan ialah Piramid Terbalik, Format Empat Segi dan Hourglass.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Penerbitan, Jawatankuasa Media Sosial, Jawatankuasa Laman Web dan lain-lain pegawai perpustakaan turut terlibat dalam membuat tugasan yang diberikan. Kursus yang berlangsung selama 4 jam ini juga mendidik peserta agar sentiasa memastikan penyampaian maklumat adalah tepat dan tidak mengelirukan (misleading).
![]() |
![]() |
||
Perkongsian pengenalan dan pengurusan media oleh penceramah jemputan | Bimbingan dari penceramah bagi teknik asas menulis berita | ||
![]() |
![]() |
||
Teknik membuat penulisan siaran/ kenyataan media | Pembentangan hasil tugasan mengikut kumpulan |
Tarikh Input: 12/08/2021 | Kemaskini: 12/08/2021 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.