Kaunter Khidmat Pelanggan WAZAN Di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Kaunter Khidmat Pelanggan WAZAN Di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

Kaunter Khidmat Pelanggan WAZAN Di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

Serdang, 26 Februari 2020 - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka Kaunter Khidmat Pelanggan WAZAN di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM pada 26 dan 27 Februari 2020 bertempat di Foyer, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

 

Ini adalah kesinambungan dengan aktiviti Kembara WAZAN sepanjang tahun 2019. Tujuan utama kempen ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya ibadah zakat, wakaf dan sedekah.

 

Di antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti pengiraan dan pembayaran zakat pendapatan. Pihak WAZAN juga telah memperkenalkan sistem “Jom Bayar Zakat Online” iaitu  pembayaran zakat secara atas talian.

Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 27/02/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdXAo~