Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan UPM X PERKESO MYCAREER@MOHE 2022 Di Perpustakaan Sultan Abdul Samad | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UPM x PERKESO MYCAREER@MOHE 2022 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UPM x PERKESO MYCAREER@MOHE 2022 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Oleh Mohd Dasuki Bin Sahak

 

SERDANG, JULAI 1 - Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) bersama rakan strategik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menganjurkan “Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UPM x PERKESO MYCAREER@MOHE 2022” pada 29hb Jun 2022 yang lalu di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS).

 

Karnival ini merupakan program tahunan pihak CEM bagi menangani isu-isu nasional berkaitan kebolehpasaran dan daya saing graduan. Selain itu, karnival ini membuka ruang perbincangan dan perkongsian maklumat mengenai peluang kerjaya kepada para graduan.

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail menyempurnakan gimik perasmian dengan diiringi oleh (dari kiri) Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Profesor Madya Dr. Soaib Asimiran; Pengarah, Pejabat PERKESO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Mustafa bin Draman; Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad Cik Haslina Abu Seman; dan Pengarah, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, UPM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Binti Ali@Hamid.

 

Seramai 15 wakil pihak majikan hadir dengan menawarkan lebih 1,400 jawatan kosong yang melibatkan pelbagai jawatan. Para graduan dari dalam dan luar UPM berpeluang menghadiri sesi temuduga yang diadakan secara langsung dan terdapat graduan berjaya memperolehi tawaran kerja semasa karnival berlangsung.

 

Sesi temuduga bersama para graduan

 

Karnival yang berlangsung selama sehari di PSAS berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kampus. Lebih 500 orang pengunjung hadir dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti, bengkel kebolehpasaran, sesi temuduga dan jualan food truck.

 

Jualan foodtruck berjaya menarik perhatian warga UPM

Tarikh Input: 21/07/2022 | Kemaskini: 21/07/2022 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETKAA~