Serdang, 9 Disember - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Program Bual Bicara: Menelusuri 50 Tahun UPM bersempena Majlis Perasmian Anjung Ilmu, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia pada 13 Disember 2021 (Isnin), 10.00 pagi.
Panel terdiri daripada:
1. YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail
Pengerusi Lembaga Pengarah, UPM
2. YBhg Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman
Naib Canselor, UPM
Moderator:
Prof. Dato’. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad,
Dekan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
Manakala, Majlis Perasmian Anjung Ilmu, PSAS adalah bertujuan memperkenalkan ruang bacaan Blok B, Perpustakaan yang baharu sahaja dinaik taraf. Cetusan idea projek naik taraf ini bermula pada tahun 2017. Tender Naik Taraf Blok B ini telah dikeluarkan pada 16hb hingga 28hb Julai 2020. Syarikat Paksi Bina Enterprise telah dipilih bagi melaksanakan projek ini bermula pada 4hb Mac 2021 dan Alhamdulillah, projek ini berjaya disiapkan dan diserahkan kepada Perpustakaan pada 18hb Oktober 2021 yang lalu. Projek ini merupakan projek kerjasama diantara PSAS dan WAZAN di bawah Wakaf Ilmu.
Anda boleh menyertai program tersebut secara langsung di Facebook Live Streaming:
https://www.facebook.com/UniPutraMalaysia
https://www.facebook.com/upmlib
Sehubungan dengan itu, semua warga UPM adalah amat dialu-alukan untuk menyertai kedua-dua program iaitu Bual Bicara: Menelusuri 50 Tahun UPM dan Majlis Perasmian Anjung Ilmu. Sambil mendengar, sama-sama kita berwakaf.
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 09/12/2021 | Kemaskini: 09/12/2021 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.