Serdang, 13 Sep – Bersempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan UPM (1971 – 2021), Taman Pertanian Universiti (TPU) dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah bekerjasama untuk menganjurkan Program Webinar: Forum Semarak Budi Berilmu Berbakti dengan tajuk “Mendepani Cabaran Perkhidmatan Perpustakaan Dan Taman Pertanian Universiti Sepanjang Dua Dekad Penubuhan”.
OBJEKTIF PROGRAM
MAKLUMAT PROGRAM
Forum ini akan menampilkan 4 orang panel yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Siti Zaharah binti Hj. Sakimin, Pengarah TPU; Dato’ Dr. Idris bin Abdol, mantan Pengarah TPU; Encik Muzaffar Shah bin Kassim, Ketua Pustakawan PSAS dan Encik Amir Hussain bin Md. Ishak, mantan Ketua Pustakawan PSAS. Forum ini akan dikendalikan oleh Encik Shuhaimi bin Ab Rahim, Pegawai Pertanian, TPU sebagai moderator. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: | 17 September 2021 (Jumaat) |
Masa: | 9.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Platform: | Aplikasi Zoom |
Pautan: |
https://zoom.us/j/99036243035?pwd=QWhVUklMaGNFZE0wY2dmZXJzbXFXUT09 |
Facebook Live: |
|
Penyertaan: | Terbuka kepada semua kakitangan UPM |
Dijemput YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan, untuk sama-sama mengimarahkan program yang dianjurkan ini. Bersama ini dilampirkan poster yang berkaitan untuk tindakan dan rujukan. Perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 15/09/2021 | Kemaskini: 20/09/2021 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.