Hari Bersama Pelanggan PSAS 2018 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Hari Bersama Pelanggan PSAS 2018

Hari Bersama Pelanggan PSAS 2018


SERDANG, 11 Okt 
– Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Program Hari Bersama Pelanggan pada 22-23 Oktober 2018. Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik akan diadakan antaranya Bicara Personaliti, Latihan Pangkalan Data, Ceramah Kesihatan, Kuiz Cabutan Bertuah, Kuiz, Gerai Jualan dan lain-lain.

Semua warga UPM dijemput untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi program Hari Bersama Pelanggan di PSAS.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Hari Bersama Pelanggan PSAS 2018, sila layari laman web rasmi PSAS di http://www.lib.upm.edu.my/ atau sila hubungi Cik Haslina Abu Seman, Pengerusi Hari Bersama Pelanggan di talian 03 - 8946 8612 / emel kepada haslina@upm.edu.my

Berikut adalah poster beberapa aktivi yang dianjurkan bersempena dengan Hari Bersama Pelanggan. Sila klik untuk muat turun poster.

  1. Poster Hari Bersama Pelanggan PSAS 2018
  2. Poster Pertandingan Best Idea
  3. Poster Pertandingan Best Shot @ Library
  4. Poster Pertandingan Guess How Many?
  5. Poster Pertandingan How Well Do You Know Your Library?
  6. Poster Bicara Personaliti : Ramlee Awang Murshid

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 17/10/2018 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
CULeIAw:08:04