Forum Sejarah Lisan: Melestari Khazanah Ilmu UPM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Forum Sejarah Lisan: Melestari Khazanah Ilmu UPM

Forum Sejarah Lisan: Melestari Khazanah Ilmu UPM

Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 11 Mac - Inisiatif bagi meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan sejarah lisan dalam sejarah universiti telah mendorong Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) untuk menganjurkan Forum Sejarah Lisan: Melestari Khazanah Ilmu UPM.

Ketua Pustakawan, Encik Muzaffar Shah Kassim, di dalam ucapan aluannya turut menzahirkan hasrat perpustakaan untuk menggerakkan aktiviti pengumpulan sejarah lisan bagi mengumpul khazanah dari alumni UPM. Beliau berharap dengan penganjuran forum ini akan dapat memberi kefahaman berkaitan peranan perpustakaan dalam pengurusan bahan sejarah lisan. Sejarah lisan dilihat penting bagi pengkisahan semula sejarah dan menjadi sokongan kepada sumber-sumber bertulis.  Puan Radia Banu Jan Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Hamdan Tahir, Universiti Sains Malaysia (USM) turut menekankan peranan dan kepentingan perpustakaan dalam mengumpul dan menyimpan koleksi bahan sejarah lisan. Perkongsian pengalaman dan amalan terbaik yang telah dilaksanakan di Perpustakaan USM dilihat banyak memberi input dan panduan kepada PSAS. Panel juga meneroka kerjasama universiti awam dalam aktiviti sejarah lisan di masa akan datang. Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Encik Fahmi Azar Mistar juga menyokong objektif pengumpulan sejarah lisan bagi memelihara sejarah UPM dan melihat ruang kerjasama yang boleh diteruskan sebagai satu agenda universiti. Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Perhubungan Alumni dan beliau melihat beberapa cabang idea yang boleh dikembangkan bersama PSAS.

Seramai 176 orang peserta dalam talian yang terdiri dari warga UPM dan umum telah didedahkan kepada proses dapatan bahan sejarah lisan dan kaedah penyimpanan yang sesuai. Forum selama 2 jam dikendali oleh Puan Azana Abd Hadi sebagai moderator ini diharap dapat memberi cetusan idea dan menjadi penggerak pengumpulan sejarah lisan UPM selaras dengan Sambutan Perayaan Jubli Emas UPM sempena 50 Tahun Penubuhan Universiti Putra Malaysia.

Encik Muzaffar Shah Kasim, Ketua Pustakawan memberikan kata alu-aluan dan harapan PSAS dalam aktiviti sejarah lisan

 

Perkongsian dari panel Puan Radia Banu Jan Mohamad dalam pengkisahan sejarah lisan dan antara inisiatif terkini Perpustakaan USM.

 

Encik Fahmi Azar Mistar menerangkan antara inisiatif Pusat Perhubungan Alumni dalam mengumpul sejarah alumni UPM.

 

Penyampaian cenderahati dari Cik Haslina Abu Seman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PSAS kepada Encik Fahmi Azar Mistar.

 

 

 

Tarikh Input: 22/03/2021 | Kemaskini: 22/03/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDeAAA~