Forum Memori Korporat Dan Harta Intelek: Kepentingan Kepada Organisasi | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Forum Memori Korporat Dan Harta Intelek: Kepentingan Kepada Organisasi

Forum Memori Korporat Dan Harta Intelek: Kepentingan Kepada Organisasi

Oleh: Azizah Zainal Abidin, Azwana Ab Rahman dan Norfaezah Khomsan

Serdang, 17 Ogos 2020 - Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management (KM)) telah menjadi satu penyelesaian untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Ianya merupakan satu aktiviti yang berstruktur melalui perkongsian dan penggunaan maklumat yang betul dalam usaha penambahbaikan berterusan dalam organisasi atau proses kerja yang boleh diaplikasi bukan sahaja dalam bidang kepustakawanan malah bidang-bidang lain juga.  

Sejajar dengan itu, Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah menganjurkan Forum Memori Korporat Dan Harta Intelek: Kepentingan Kepada Organisasi melalui saluran Facebook Live Perpustakaan Sultan Abdul Samad / Universiti Putra Malaysia pada 17 Ogos 2020. Forum ini telah dikendalikan oleh Puan Azana Abdul Hadi sebagai moderator bersama dua orang panel yang tidak asing lagi di dalam bidang Pengurusan Pengetahuan iaitu Dr. Irwan Kamaruddin Abdul Kadir, Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara dan Puan Sharifah Fahimah Saiyed Yeop, Eksekutif Kanan di Information Resource Center, Universiti Teknologi PETRONAS.
Perkongsian yang menarik ini telah menyentuh pelbagai topik berkaitan Pengurusan Pengetahuan antaranya Budaya Organisasi dalam Mengurus Pengetahuan; Kepentingan Memori Korporat; dan Amalan Terbaik Menguruskan Pengetahuan di Organisasi. Sesi ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta dari dalam dan luar UPM. Diharap perkongsian di Forum Memori Korporat Dan Harta Intelek: Kepentingan Kepada Organisasi ini telah memberi manfaat kepada semua peserta yang turut serta.

Sesi perkongsian dari pakar dalam bidang Pengurusan Pengetahuan

Tarikh Input: 02/09/2020 | Kemaskini: 02/09/2020 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
CULeHAO:07:14