COVID-19: Notis Penutupan Perpustakaan | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » COVID-19: Notis Penutupan Perpustakaan

COVID-19: Notis Penutupan Perpustakaan

Kepada semua pengguna perpustakaan,

 

Bermula Rabu, 18 Mac 2020 dan sehingga notis selanjutnya, Perpustakaan Sultan Abdul Samad akan ditutup berikutan pengumuman mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Sepanjang tempoh penutupan perpustakaan:

  • Tiada pinjaman / pemulangan buku dibenarkan.
  • Simpan bahan yang telah dipinjam sehingga perpustakaan dibuka semula.
  • Pembaharuan bahan boleh dibuat secara dalam talian. Denda lewat tidak dikenakan sepanjang tempoh tersebut.
  • Koleksi digital boleh diakses melalui EZaccess (https://ezaccess.upm.edu.my/) atau Aplikasi Mudah Alih PSAS UPM mengggunakan telefon pintar. Sila muat turun aplikasi berkenaan melalui https://mobile.upm.edu.my.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui Ask a Librarian menggunakan PSAS UPM Mobile Application di URL  https://tawk.to/psaschat/ atau hubungi talian: +6013-3855880.

 

Sila layari laman web dan saluran media sosial perpustakaan untuk maklumat terkini.

 

Kami sedar betapa pentingnya perpustakaan kepada pengguna kami dan kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anda dalam menghadapi saat mencabar ini.

Ketua Pustakawan

Perpustakaan Sultan Abdul Samad

17 Mac 2020

Tarikh Input: 18/03/2020 | Kemaskini: 22/03/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
013-385 5880
03-9769 4747
C1591445849