Bual Bicara Program Read And Relish : Biblioterapi (Penyembuhan Minda & Jiwa Melalui Pembacaan) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Bual Bicara Program Read And Relish : Biblioterapi (Penyembuhan Minda & Jiwa Melalui Pembacaan)

Bual Bicara Program Read And Relish : Biblioterapi (Penyembuhan Minda & Jiwa Melalui Pembacaan)

Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin


Serdang, 20 Januari - Pelajar ePJJ Program IM244 (Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan), Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Professional (iCEPS) UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Bual Bicara Program Read And Relish : Biblioterapi (Penyembuhan Minda dan Jiwa Melalui Pembacaan).


Program yang diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom telah menarik seramai 156 peserta dari dalam dan luar Universiti Putra Malaysia (UPM). Objektif utama program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum berkaitan biblioterapi sebagai salah satu cara penyembuhan menggunakan bahan perpustakaan, gambar, lirik lagu, puisi, filem dan sebagainya untuk membantu individu yang berdepan dengan isu psikologi, sosial dan emosi. 


Panel jemputan terdiri daripada Puan Rafidah Abdul Aziz, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM merangkap Presiden PERBIMA (Persatuan Biblioterapi Malaysia) dan Puan Fazlin Shamsudin, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS).  Manakala Puan Nor Awaliss Alia Mohd Zamzuri bertindak sebagai moderator. Puan Fazlin yang mewakili PSAS turut berkongsi pengalaman dan antara aktiviti yang telah dijalankan di PSAS. 


Program telah berlangsung selama 1 jam dan 30 minit dan rakaman bual bicara ini boleh ditonton melalui Facebook PSAS di https://www.facebook.com/117016221649064/videos/692230531462459

  Perkongsian menarik berkaitan biblioterapi sebagai penyembuhan jiwa oleh Puan Rafidah Abdul Aziz
     
  Perkongsian pengalaman dan aktiviti oleh Puan Fazlin Shamsudin bagi memberikan maklumat berkaitan biblioterapi yang telah diadakan di PSAS
     
  Antara contoh buku biblioterapi untuk pelajar universiti
     

Tarikh Input: 30/01/2021 | Kemaskini: 30/01/2021 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
CULeIAh:08:36