Bengkel Penulisan Berita Dan Media Tingkat Kemahiran Penulis Berpotensi | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Bengkel Penulisan Berita dan Media Tingkat Kemahiran Penulis Berpotensi

Bengkel Penulisan Berita dan Media Tingkat Kemahiran Penulis Berpotensi

 

Oleh: Muhammad Izhar Ruslan dan Nur Azleen Hasan

 

SERDANG, 14 Mac 2023: Bengkel Penulisan Berita dan Media merupakan bengkel pembukaan pada tahun 2023 anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad yang menghimpunkan seramai 29 orang peserta dari pelbagai Pusat Tanggungjawab di Universiti Putra Malaysia.

“Bengkel ini telah membuka mata saya dalam penggunaan teknik dan format yang sebenar dalam menulis sesebuah berita” ujar Dr. Suriya Kumari Ramiah dari Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) yang juga merupakan salah seorang peserta bengkel.

Bengkel yang berlangsung di Bilik Termasa Perpustakaan Sultan Abdul Samad itu telah dikendalikan oleh perunding profesional penerbitan iaitu Encik Zamri Mohamad yang telah menghasilkan 30 buah buku dengan jumlah pembaca melebihi 146,000 orang.

Acara penutup bengkel tersebut diakhiri dengan majlis penyampaian sijil penyertaan kepada peserta dan cenderahati kepada penceramah oleh Encik Mahbob Yusof, Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

Secara keseluruhan, para peserta amat berpuas hati dengan Bengkel Penulisan Berita dan Media yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad ini dan berminat untuk menantikan sambungan siri bengkel pada masa akan datang.

 

Encik Zamri Mohamad sedang memberi pengenalan awal penceburan diri beliau di dalam bidang penulisan

 

Peserta bengkel yang kelihatan bersemangat dan teruja dengan bengkel tersebut

 

Sesi penyampaian sijil kepada peserta bengkel

 

Peserta Bengkel Penulisan Berita dan Media bergambar bersama Encik Mahbob Yusof, Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Tarikh Input: 21/03/2023 | Kemaskini: 21/03/2023 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETEAc~