Serdang, 18 Feb 2020 - Program Banci 2020 Tour@University oleh Jabatan Perangkaan Malaysia telah berlangsung pada 18 Februari 2020, bertempat di Foyer Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum terutama sekali kepada pelajar yang tidak tinggal di asrama tentang kepentingan pelaksanaan Banci 2020.
Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuka booth di foyer perpustakaan bermula dari 9 pagi hingga 5 petang. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah juga disediakan bagi memeriahkan program.
Tarikh Input: 19/02/2020 | Kemaskini: 19/02/2020 | muizzudin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.