UTAMA | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Staf Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam perkhidmatan perpustakaan menerusi sistem pengurusan kualiti yang sentiasa dipertingkatkan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan.

Pelajar secara automatik menjadi ahli Perpsuatakaan Sultan Abdul Samad dan Perpustakaan Cawangan yang lain setelah mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). sebagai mahasiswa, anda akan diverikan KAD Mahasiswa yang mengandungi patron ID untuk melayakkan anda menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan di Perpustakaan. Selain itu, kad tersebut juga merupakan pengenalan diri anda sebagai Mahasiswa. Sila pamerkan Kad Mahasiswa sepanjang berurusan di Perpustakaan.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) berbesar hati untuk menerima kunjungan pelawat ataupun pelajar praktikal dari dalam dan luar negara. Proses pengurusan lawatan ke PSAS adalah berdasarkan kepada Prosedur Pengurusan Lawatan yang melibatkan:-

  1. Proses permohonan sama ada melalui surat/emel.
  2. Kelulusan lawatan oleh pihak pengurusan berdasarkan permohonan.
  3. Keperluan lain (penginapan/pengangkutan/makanan) sekiranya perlu.

 

Bagi mana-mana agensi luar yang ingin membuat lawatan ke PSAS, sila kemukakan permohonan kepada :-  

Ketua Bahagian Korporat dan Latihan Staf,
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang

UPM Alumni Intelligent System merupakan sebuah laman portal alumni yang akan dibangunkan oleh Pusat Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti/ program anjuran UPM.

Buat masa kini, para alumni boleh mengemaskini maklumat diri di sini DAFTAR ALUMNI.

artikel
10 Tesis dan Disertasi yang paling banyak dimuat turun di UPM IR Tahun 2020
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh IRStats berikut adalah senarai tesis dan disertasi yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2020.
10 Tesis dan Disertasi yang paling banyak dimuat turun di UPM IR Tahun 2020
10 Artikel yang paling banyak dimuat turun di UPM IR Tahun 2020
10 Artikel yang paling banyak dimuat turun di UPM IR Tahun 2020
5 Advantages and Benefits Of SEO For Your Website
5 Advantages and Benefits Of SEO For Your Website
Artikel-artikel lain...
berita
Program Literasi Maklumat: Kelas Hari Selasa (Jun 2021)
Program Literasi Maklumat: Kelas Hari Selasa (Jun 2021)
Serdang, 22 Februari - Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Program Literasi Maklumat: Kelas Hari Selasa (Jun 2021)
pengumuman

Kerajaan Malaysia telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021. Bagi mematuhi arahan PKP, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Perpustakaan Utama) dan semua perpustakaan cawangan (Kampus Serdang) akan DITUTUP.

Sepanjang tempoh penutupan, perkhidmatan perpustakaan ditawarkan secara atas talian kepada pengguna:

Capaian akses ke KOHA WebOPAC, PSAS Discovery @ Lib, Pautan Pantas, Berita & Pemberitahuan, Peta & Maklumat Perhubungan dan Akaun Perpustakaan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pustakawan kami melalui:

  • Sembang Langsung di https://tawk.to/psaschat/
  • Panggilan telefon: +6013 3855880 (Isnin-Jumaat: 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  • E-mel: lib@upm.edu.my
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
ikuti kami
fb.png
google+.png
insta.png
youtube.png
twitter.png
BVMUHvk:07:47