PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN@PSAS: KUKUHKAN IMAN, KITA MESTI MENANG! | SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
» NEWS » PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN@PSAS: KUKUHKAN IMAN, KITA MESTI MENANG!

PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN@PSAS: KUKUHKAN IMAN, KITA MESTI MENANG!

Serdang, Mei 6, 2020 - Ramadhan tahun ini disambut dengan normal baharu oleh seluruh umat Islam. Berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan persiapan menyambut Ramadhan kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Tiada lagi rutin aktiviti ceramah perdana Ramadhan, solat tarawih berjemaah mahupun berbuka di masjid seperti tahun sebelum ini.


Justeru, sebagai langkah menghidupkan Ramadhan semasa PKP, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) sedang menganjurkan Siri Tazkirah Ramadhan: Kukuhkan Iman, Kita Mesti Menang!. Siri tazkirah ini adalah tayangan video ceramah dari laman web Youtube berkaitan ibadah, hikmah, rukun dan pebagai topik berkaitan kemuliaan bulan Ramadhan. Tazkirah ini diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom pada setiap hari Selasa (10pagi hingga 11pagi) dan Khamis (2.30petang hingga 3.30petang). Sehingga kini, pihak PSAS telah mengadakan 3 sesi tayang video dan telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan warga PSAS dan semoga peserta mendapat manfaat dari perkongsian ilmu ini.

 

 

 

Date of Input: 13/05/2020 | Updated: 13/05/2020 | syafini

MEDIA SHARING

SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUQAD~