KOHA Library Integration System Seminar | SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
» NEWS » KOHA Library Integration System Seminar

KOHA Library Integration System Seminar

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan “Seminar Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA: Amalan Terbaik dalam Pengurusan Bahan-Bahan Perpustakaan”.

Seminar ini diadakan berikutan keperluan semasa daripada pihak-pihak yang berkepentingan dalam Perpustakaan dan Pusat Sumber yang ingin mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai Sistem Perpustakaan Bersepadu (Integrated Library Management System) yang berasaskan Sistem terbuka iaitu Sistem KOHA. Butiran seminar seperti berikut:

Tarikh : 3 dan 4 Mei 2017 (Rabu dan Khamis)
Tempat : Dewan Kuliah Philip Kotler, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM
Yuran : RM350.00 seorang (termasuk 6% GST)

Peserta yg menyertai seminar akan dapat mengetahui:

1. Kepentingan Sistem KOHA kpd Perpustakaan;
2. Proses Pelaksanaan Sistem KOHA di Perpustakaan;
3. Cabaran/Isu-isu semasa pembangunan/pelaksanaan Sistem KOHA;
4. Pengalaman pelaksanaan Sistem KOHA mengikut Kategori Perpustakaan:
4.1 Universiti Awam (UPM);
4.2 Universiti Swasta (UniKL);
4.3 Perpustakaan Khusus;
5. Overview Modul-Modul Sistem KOHA

Maklumat terperinci seminar di http://courseslib.upm.edu.my/courseslib/

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
03 – 89467948 / 019-6328596 (Encik Mohd Dasuki Sahak)
03 – 89468607 / 8643 (Puan Siti Razimah Mohd Noor)
E-mel: courseslib@upm.edu.my

Pendaftaran Online seminar di: https://form.jotform.me/70792625585467

Rebut peluang keemasan ini untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai Sistem KOHA, di samping berpeluang berinteraksi secara langsung dgn pustakawan-pustakawan dari perpustakaan yang telah menggunakan dan melaksanakan Sistem KOHA.

Updated:: 04/10/2017 [syafini]

MEDIA SHARING

SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468642
0389483745
C1513517816