- Perkhidmatan dan kemudahan di Bilik Rujukan Elektronik (BRE) hanya untuk pelajar dan kakitangan UPM sahaja. Pelajar/Kakitangan perlu memasukkan ID (No. Matrik) dan Kata Laluan (No. Matrik) untuk menggunakan perkhidmatan komputer ini.
- Sekiranya pengguna mempunyai masalah semasa menggunakan komputer di BRE, pengguna boleh mengisi Borang Aduan Perkhidmatan BRE di pautan ini - https://forms.gle/v1mZ4wvwZ6bv5ynNA.
- Had masa akses Internet adalah sembilan (9) jam sehari kepada setiap pengguna.
- Penggunaan komputer internet diutamakan untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan sahaja.
- Pengguna dilarang melawat laman web berunsur lucah dan sensitif.
- Hanya seorang pengguna sahaja dibenarkan mengguna setiap komputer pada satu-satu masa.
- Pihak PSAS menghormati hak peribadi setiap pengguna. Walau bagaimanapun, pihak kami juga berhak untuk memantau penggunaan internet bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.
- Pihak PSAS tidak bertanggungjawab kepada keselamatan pertukaran maklumat atau transaksi yang dibuat melalui internet.
- Sila berhubung dan dapatkan bantuan dengan Pegawai PSAS Kaunter Pinjaman sekiranya diperlukan.
- Pengguna tidak dibenarkan mengubah/mengalih perkakasan komputer/perabot.
- Pengguna tidak boleh menggunakan program perisian mereka sendiri untuk mengelakkan virus. Pengguna juga perlu memastikan peranti storan bebas dari virus.
Kemaskini:: 23/08/2023 [khairul_zul]
PERKONGSIAN MEDIA