Sesi Temubual Bagi Kajian Pasca Kedoktoran Antara Malaysia Dan New Zealand | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Sesi Temubual bagi Kajian Pasca Kedoktoran antara Malaysia dan New Zealand

Sesi Temubual bagi Kajian Pasca Kedoktoran antara Malaysia dan New Zealand

oleh Mohd Dasuki Sahak

 

Serdang, 10 November - Pengalaman yang dimiliki oleh pustakawan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam inovasi dan penjanaan pendapatan telah menarik minat pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Cawangan Rembau, Dr Haziah Sa'ari untuk memilih pustakawan PSAS sebagai informan temubual penyelidikan pasca kedoktoran beliau.

 

Kajian Dr Haziah Sa'ari yang bertajuk "Entrepreneurial competencies leads to innovative behaviour among academic librarians: A comparative study between Malaysia and New Zealand" bertujuan meneroka kompetensi keusahawanan dan inovatif dalam kalangan pustakawan.

 

Secara khususnya, temubual selama dua jam melibatkan lima orang pustakawan PSAS meneroka kefahaman pustakawan terlibat dalam melaksanakan inovasi di perpustakaan yang meliputi budaya organisasi, peranan pengurusan, pengalaman melaksanakan inovasi dan cabaran yang dihadapi.

 

Sesi Temubual oleh Dr. Haziah Sa'ari bersama pustakawan PSAS

 

Selain itu, kepentingan kompetensi keusahawanan dalam kalangan pustakawan turut dibincangkan agar dapat membantu dalam menjana pendapatan kepada perpustakaan. Secara keseluruhannya, Dr Haziah Sa'ari berpuas hati dengan sesi temubual yang diadakan dan berharap kerjasama seumpama ini dapat diadakan lagi di masa hadapan.

 

Gambar Berkumpulan selepas Sesi Temubual

(Dari kiri Puan Nida Hidayati Ghazali, Cik Norhazura Hamzah, Dr Haziah Sa'ari,

Cik Haslina Abu Seman, Puan Noor Syafini Zamani, Encik Mohd Dasuki Sahak

dan Encik Muizzuddin Kaspol

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 30/11/2022 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUDAJ~