Oleh : Rafidah Razali
Serdang, 3 Mac 2020 - Perpustakaan Sultan Abdul Samad, (PSAS) dengan kolaborasi Emerald Group Publishing telah berjaya menganjurkan “Seminar Penulisan Dan Penerbitan Kertas Penyelidikan Berimpak Tinggi”.
Objektif seminar ini adalah bagi memperkenalkan bagaimana peserta dapat menerbitan penyelidikan mereka. Penceramah berkongsi tips kepada peserta yang pertama kali membuat kertas kerja dan mereka yang pernah kertas kerjanya ditolak atau kertas kerja yang perlu disemak semula.
Sesi pagi bengkel ini disampaikan oleh Dr. Hayrol Azril Mohammed Shaffril, Pegawai Penyelidik Sosial, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Topik yang beliau sampaikan adalah tips dan strategi penulisan dan penerbitan artikel jurnal, teknik penulisan artikel jurnal dan bagaimana untuk menerbit jurnal berimpak tinggi.
Seterusnya bengkel disampaikan oleh Encik Elvin Cheah, Pengurus Perniagaan dari Emerald Group Publishing. Beliau berkongsi tips untuk mendapat terbitan jurnal dan proses penerbitan dari sudut pandangan penerbit.
Bengkel ini telah diadakan di Auditorium, Bahagian Kaunseling, UPM dan dihadiri seramai 80 peserta termasuk pelajar, pensyarah, penyelidik dan staf UPM.
Tarikh Input: 09/03/2020 | Kemaskini: 09/03/2020 | muizzudin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.