PSAS Diundang Ke Program “Discovering Malaysian Libraries: A Guided Virtual Tour” Fakulti Pengurusan Maklumat, Kampus Puncak Perdana, UiTM Cawangan Selangor | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » PSAS diundang ke Program “Discovering Malaysian Libraries: A Guided Virtual Tour” Fakulti Pengurusan Maklumat, Kampus Puncak Perdana, UiTM Cawangan Selangor

PSAS diundang ke Program “Discovering Malaysian Libraries: A Guided Virtual Tour” Fakulti Pengurusan Maklumat, Kampus Puncak Perdana, UiTM Cawangan Selangor

Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 16 Disember - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah dijemput untuk menjayakan  Program “Discovering Malaysian Libraries: A Guided Virtual Tour”  anjuran Fakulti Pengurusan Maklumat, Kampus Puncak Perdana, UiTM Cawangan Selangor. Cik Haslina binti Abu Seman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Perkhidmatan) yang mewakili PSAS telah berkongsi mengenai amalan, budaya, perkhidmatan, trend dan isu semasa di bidang pengurusan dari perspektif perpustakaan akademik sebelum berkongsi video korporat PSAS bagi virtual tour. 

Program ini  telah diadakan secara maya melalui platform Webex dan Facebook Live dan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Ab. Kadir bin Wan Dollah. Dalam ucapannya beliau telah menyatakan tujuan program ini diadakan adalah bagi membantu memperkayakan kefahaman pelajar tentang kepelbagaian jenis perpustakaan yang terdapat di Malaysia melalui pendekatan perkongsian Perpustakaan dan Virtual Tour. Seramai 123 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Semester 1 dan 2, Program Pengurusan Perpustakaan dan pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat telah menghadiri program ini. 

Turut diundang adalah beberapa orang panel yang mewakili pelbagai jenis perpustakaan di Malaysia antaranya dari Universiti Malaysia Pahang, Perpustakaan Serambi Ilmu Rakyat (Bank Rakyat), Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Pada akhir setiap sesi, para panel turut memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang pengurusan maklumat. Melalui program ini, peserta didedahkan dengan suasana dan realiti perkhidmatan pelbagai perpustakaan di Malaysia iaitu perpustakaan akademik, awam dan khusus.

   
Program “Discovering Malaysian Libraries: A Guided Virtual Tour     Cik Haslina Abu Seman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Perkhidmatan)
mewakili PSAS menyampaikan sesi penerangan berkaitan pengurusan perpustakaan 
dari perspektif perpustakaan akademik
       
     
Gambar berkumpulan para panel dan peserta.    

Perbincangan menarik berkaitan perpustakaan akademik, awam dan khusus di Malaysia.

Tarikh Input: 23/12/2020 | Kemaskini: 23/12/2020 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUOAJ~