Program Webinar Forum Semarak Budi Berilmu Berbakti | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Program Webinar Forum Semarak Budi Berilmu Berbakti

Program Webinar Forum Semarak Budi Berilmu Berbakti

Oleh: Suzila M. Kasim, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 17 Sep – Taman Pertanian Universiti (TPU) dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) merupakan dua entiti perkhidmatan yang telah wujud sejak penubuhan UPM. Bersesuaian dengan Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan UPM (1971 – 2021) pada tahun ini, TPU dan PSAS telah bekerjasama menganjurkan Program Webinar: Forum Semarak Budi Berilmu Berbakti secara dalam talian.

Forum ini telah menampilkan empat (4) orang ahli panel yang terdiri daripada Profesor Madya Dr. Siti Zaharah Hj. Sakimin (Pengarah TPU, UPM), Encik Muzaffar Shah Kassim (Ketua Pustakawan, UPM), Dato’ Dr. Idris Abdol (Mantan Pengarah TPU, UPM) dan Encik Amir Hussain Md Ishak (Mantan Ketua Pustakawan, UPM) bagi membicarakan topik “Mendepani Cabaran Perkhidmatan Perpustakaan dan Taman Pertanian Universiti Sepanjang Dua Dekad Penubuhan”. Manakala, Encik Shuhaimi Ab Rahim, Pegawai Pertanian TPU bertindak selaku Moderator.

Dalam sesi forum ini, pelbagai pengisian yang menarik mengenai perkembangan dua dekad TPU dan PSAS dalam memperkasakan pertanian di UPM telah dikongsikan termasuklah usaha TPU dan PSAS dalam mendepani cabaran semasa dan seterusnya hala tuju pemerkasaan pertanian selari dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025.

Forum ini telah berjaya menarik minat seramai 189 orang peserta bukan sahaja dalam kalangan warga UPM malahan juga masyarakat luar termasuk alumni UPM sendiri. Sesi forum selama 3 jam ini juga telah dirakam dan boleh ditonton melalui laman Facebook Perpustakaan Sultan Abdul Samad (https://fb.watch/89bi05nH9i/)

 

Moderator bersama ahli-ahli panel

Tarikh Input: 23/09/2021 | Kemaskini: 23/09/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEYPA1~