Serdang, 30 Dis - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Program Literasi Maklumat : Kelas Selasa (Januari 2023) secara hibrid (fizikal dan dalam talian) kepada semua pelajar dan staf UPM.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempelajari pelbagai kaedah di dalam pencarian bahan rujukan dan juga untuk mengenali perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan.
Butiran kelas adalah seperti berikut :
Fizikal (Bilik Malawati, PSAS) |
Modul : Information Search Strategy Tarikh : 17/1/2023 Masa : 10.00 – 11.00 pagi Pautan pendaftaran : https://forms.gle/PFiUNyG1fdeZYSvSA
|
Modul : Mendeley : Basic Tarikh : 31/1/2023 Masa : 10.00 – 11.30 pagi Pautan pendaftaran : https://forms.gle/zWx8SLXxMjByfcN47
|
|
Dalam talian (Zoom) |
Modul : Turnitin Tarikh : 17/1/2023 Masa : 2.30 – 3.30 petang Pautan pendaftaran : https://forms.gle/6Ax98SP96Gy9YYwH8
|
Modul : Citation Indexed Journal Tarikh : 31/1/2023 Masa : 2.30 – 3.30 petang Pautan pendaftaran : https://forms.gle/aG7LRHfyUyyoUvPE8
|
Dengan ini, pihak Perpustakaan ingin memohon jasa baik YBhg Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk membuat hebahan kepada semua pelajar dan juga menggalakkan mereka menghadiri program tersebut.
Kerjasama daripada YBhg Prof./ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Dilampirkan poster program untuk rujukan
Tarikh Input: 30/12/2022 | Kemaskini: 10/01/2023 | j_mohdshahril
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.