Program E-Resources Awareness: Your FYP Prepation | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Program E-Resources Awareness: Your FYP Prepation

Program E-Resources Awareness: Your FYP Prepation

Serdang, 25 Julai - Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar UPM dengan Kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan menganjurkan Program E-Resources Awareness: Your FYP Prepation secara atas talian kepada semua pelajar Prasiswazah UPM terutamanya Pelajar Tahun 3 dan 4. Program akan dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Butiran Program adalah seperti berikut :

Tarikh: 2 - 9 Ogos 2021
Program diadakan mengikut Fakulti berdasarkan tarikh yang ditetapkan (rujuk jadual yang dilampirkan)
Masa: 8.45 - 4.30 petang
Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu
Daftar di sini: https://linktr.ee/psas

Tarikh: 11 Ogos 2021 (Terbuka kepada semua Fakulti)
Masa: 8.45 - 4.30 petang
Bahasa Pengantar: Bahasa Inggeris
Daftar di sini: https://linktr.ee/psas

Oleh yang demikian, semua pelajar Prasiswazah terutama pelajar Tahun 3 dan 4 dijemput untuk menghadiri kelas secara atas talian ini bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat secara efektif bagi membuat persediaan dan juga menyiapkan Kertas Projek Tahun Akhir / Final Year Project Paper.

Pendaftaran telah dibuka sekarang. Dimohon pensyarah dan wakil fakulti untuk menguar-uarkan mengenai kelas ini kepada semua pelajar. Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama-sama ini dilampirkan Poster Program E-Resources Awareness: Your FYP Preparation sebagai rujukan.

Tarikh Input: 25/07/2021 | Kemaskini: 25/07/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETPA7~