Program E-Resources Awareness: Your FYP Preparation Secara Dalam Talian | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Program e-Resources Awareness: Your FYP Preparation Secara Dalam Talian

Program e-Resources Awareness: Your FYP Preparation Secara Dalam Talian

Serdang, 1 Ogos - Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPM akan menganjurkan Program e-Resources Awareness:  Your FYP Preparation secara dalam talian kepada  semua pelajar Prasiswazah UPM terutamanya Pelajar Tahun2, 3 dan 4. Program akan dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.  Butiran Program adalah seperti berikut :  

Tarikh: 8 -15 Ogos 2022
Program diadakan mengikut Fakulti berdasarkan tarikh yang ditetapkan (sila rujuk jadual yang dilampirkan)
Masa: 8.30 pagi - 4.00 petang
Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu
Daftar di sini: https://linktr.ee/psas2022

Tarikh: 16 Ogos 2022 (Terbuka kepada semua Fakulti)
Masa: 8.30 - 4.00 petang
Bahasa Pengantar: Bahasa Inggeris
Daftar di sini: https://linktr.ee/psas2022

Oleh yang demikian, semua pelajar Prasiswazah terutama pelajar Tahun 2, 3 dan 4 dijemput untuk menghadiri kelas secara dalam talian ini bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat secara efektif bagi membuat persediaan dan juga menyiapkan Kertas Projek Tahun Akhir / Final Year Project Paper.

Pendaftaran telah dibuka sekarang. Dimohon  pensyarah dan wakil fakulti untuk menguar-uarkan mengenai kelas ini kepada semua pelajar. Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama-sama ini dilampirkan Poster Program E-Resources Awareness: Your FYP Preparation sebagai rujukan.

 

Tarikh Input: 03/08/2022 | Kemaskini: 03/08/2022 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETVA3~