Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Ke-66 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Ke-66

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Ke-66

 

Serdang,  30 Januari 2020  -  Mesyuarat  Jawatankuasa  Perpustakaan  UPM  kali  ke  66  telah  diadakan  pada  30 Januari 2020 bertempat  di  Bilik  Jugra  2,  Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatankuasa  ini  dianggotai  oleh  wakil  dari  Fakulti,  Sekolah  Pengajian  Siswazah, Putra Business School, Pejabat Bursar, dua ahli Jawatankuasa Senat, Ketua Pustakawan dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM. Mesyuarat   yang   diadakan   sebanyak   dua   kali   setahun   ini telah membincangkan  dasar  berkaitan  perpustakaan  serta  perkhidmatan  yang  ditawarkan bagi memastikan fungsi dan perkhidmatan perpustakaan kekal relevan dengan keperluan semasa Universiti.

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 31/01/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETNAI~