Majlis Penyampaian Hadiah PSAS MCO Challenge/ MCO Activities@home Dan Amalan 5S | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Majlis Penyampaian Hadiah PSAS MCO Challenge/ MCO activities@home dan Amalan 5S

Majlis Penyampaian Hadiah PSAS MCO Challenge/ MCO activities@home dan Amalan 5S

Oleh Nurdiyana Binti Mohd Kamal

Serdang, 4hb September 2020 - Majlis penyampaian hadiah bagi PSAS MCO Challenge, MCO Activities@Home dan Amalan 5S” anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) berlangsung dalam suasana sederhana dan harmoni mengikut norma baharu.

Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pustakawan, Encik Muzaffar Shah Kassim dengan diiringi pegawai-pegawai Pengurusan PSAS. Menurut Encik Muzaffar Shah Kassim, aktiviti ini bertujuan mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac hingga Jun 2020 yang lalu bagi menggalakkan pembacaan dan mengasah minda kreatif.

Sebanyak lima (5) aktiviti yang dipertandingkan bagi program PSAS MCO Challenge, iaitu Ulasan Buku, Menulis Esei, Menulis Pantun, Menulis Sajak, dan Deklamasi Sajak. Pertandingan MCO Activities@Home pula mengetengahkan aktiviti harian di rumah dan kategori yang dipertandingkan merupakan hasil gambar dan video mengikut kreativiti.

Manakala, bagi Program Amalan 5S pertandingan yang telah dijalankan adalah seperti Pertandingan Sudut Kitar Semula, Sudut Hijau, Kaunter Terbaik, dan Zon Terbaik serta penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Induk Amalan 5s bagi sesi 2018/2020.

 

Tarikh Input: 07/09/2020 | Kemaskini: 07/09/2020 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdFAD~