Majlis Amanat Ketua Pustakawan 2022 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Majlis Amanat Ketua Pustakawan 2022

Majlis Amanat Ketua Pustakawan 2022

Serdang, 17 Mac - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah mengadakan Majlis Amanat Ketua Pustakawan 2022 sebagai platform tahunan bagi perkongsian maklumat, pencapaian dan halatuju PSAS bagi tahun 2022. 

Encik Muzaffar Shah Kasim, Ketua Pustakawan PSAS menyampaikan amanat tahun 2022

 

Ketua Pustakawan, Encik Muzaffar Shah Kasim dalam ucapan beliau telah membentangkan pencapaian bagi tahun 2021 termasuk petunjuk prestasi utama (KPI) dan prestasi keseluruhan perkhidmatan perpustakaan. Beliau menekankan PSAS perlu sentiasa bersedia memainkan peranan dan berevolusi selaras dengan keperluan pengguna. Beliau turut membentangkan sistem dan aplikasi baharu yang telah dibangunkan di tahun 2021 antaranya ialah Perkhidmatan Pembekalan Dokumen secara Dalam Talian, Pertanyaan rujukan secara dalam talian (Online Chat, Facebook dan Twitter), Perkhidmatan Book De dan Program e-Resources Awareness: Your FYP Preparation. Manakala, portal yang sedang di dalam pembangunan seperti Portal Project Bachelor, Portal Putra Open Educational Resources (OER) dan PSAS Librooms diharap dapat membantu meningkatkan kepelbagaian perkhidmatan Perpustakaan dan memudahkan capaian maklumat oleh pengguna.

Beliau turut memaklumkan peningkatan bagi perkhidmatan penyelidikan dan akses kepada pangkalan data dan e-buku bagi tahun 2021. Pengukuhan sumber elektronik turut ditambahbaik dengan 145,596 rekod telah ditambah pada UPM IR, UPM eTHESIS, UPM Agris dan Memory@Serdang. Portal Agri@UPM telah dibangunkan bagi pengukuhan kandungan digital bagi subjek pertanian dengan kumulatif 36 topik yang turut dilengkapi dengan sumber video.  Manakala bagi menyokong aspirasi STAR Library iaitu Smart, Technology, Advanced and Relevant Library, PSAS telah menambah perkakasan persidangan video, Kindle ebook, Smart Projector, Smart Television dan menaik taraf EAS Security Gate di Perpustakaan Kampus Bintulu.

Majlis yang telah dihadiri seramai 135 orang peserta ini seterusnya dimaklumkan dengan perancangan bagi tahun 2022. Projek STAR Library diteruskan dengan penyediaan Digital Reading Area, PSAS Mobile Apps 2.0, Archive Management System, transformasi ruang koleksi khas dan pembangunan Arkib dan Galeri. Antara inisiatif warga PSAS yang akan terus dijayakan pada 2022 ialah Projek Sejarah Lisan UPM dan Amalan EKSA PSAS. Pelbagai projek multimedia juga turut dirancang dilaksanakan pada 2022 iaitu Projek Virtual Tour PSAS, pembangunan video korporat baharu dan pembangunan kandungan multimedia Program Literasi Maklumat.

 

 
Inovasi perkhidmatan perpustakaan dalam pembangunan sistem aplikasi.  

Pertambahan rekod maklumat pangkalan data sumber elektronik melalui portal perpustakaan.

 

 

 

Antara perancangan tahun 2022

.
 

Gambar berkumpulan peserta yang hadir secara dalam talian

 

 

Tarikh Input: 06/04/2022 | Kemaskini: 08/04/2022 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUEAM~