Lawatan Penandaarasan Koleksi Nadir Di Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas (SMNA), ISTAC-IIUM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Koleksi Nadir di Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas (SMNA), ISTAC-IIUM

Lawatan Penandaarasan Koleksi Nadir di Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas (SMNA), ISTAC-IIUM

Oleh: Nur Azleen binti Hasan

 

 

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2022 - Satu lawatan penandaarasan Koleksi Nadir ke Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas (SMNA), ISTAC-IIUM telah diadakan pada 12 Oktober 2022. Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan berkaitan Koleksi Nadir (Rare Collections) di Perpustakaan SMNA, ISTAC-IIUM seterusnya mengambil amalan terbaik bagi pembangunan serta pengurusan Koleksi Nadir Pertanian PSAS.

Delegasi lawatan yang terdiri daripada 5 orang pegawai Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang diketuai oleh Ketua Bahagian Sumber Pertanian Malaysia, Puan Azwana Ab Rahman telah disambut baik oleh Ketua Perpustakaan SMNA, ISTAC-IIUM, Encik Fazli Omar dengan ucapan alu-aluan dan lawatan sekitar Bangunan International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM).

 

Sesi taklimat ringkas mengenai pengenalan kepada Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas (SMNA), ISTAC-IIUM

 

 

Delegasi PSAS seterusnya dibawa ke Bahagian Special Collection bagi melihat Koleksi Nadir dan diberi penerangan mengenai penjagaan dan pengurusan koleksi tersebut. Selain itu, delegasi lawatan juga telah dibawa melawat ke Makmal Projek Pendigitalan Manuskrip IIUM yang merupakan projek utama yang sedang dijalankan oleh pihak Perpustakaan SMNA bagi melihat proses imbasan manuskrip.

 

Antara bahan pameran Rare Collections yang terdapat di Perpustakaan SMNA, ISTAC-IIUM

 

Perkongsian maklumat mengenai kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan bahan nadir oleh Encik Fazli Omar, Ketua Perpustakaan SMNA, ISTAC-IIUM

 

Sesi lawatan berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan perbincangan dan pertukaran pendapat daripada kedua belah pihak. Hasil daripada lawatan ini diharap dapat membantu pihak PSAS dalam pembangunan Koleksi Nadir Pertanian PSAS serta mengeratkan lagi hubungan baik di antara pihak PSAS dan pihak Perpustakaan SMNA, ISTAC-IIUM di masa hadapan.

 

Projek Pendigitalan Manuskrip IIUM di Manuscript Digitization Lab Perpustakaan SMNA, ISTAC-IIUM

 

Penyampaian cenderamata oleh Puan Azwana Ab Rahman, Ketua Bahagian Sumber Pertanian Malaysia, PSAS selaku wakil pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) kepada pihak Perpustakaan SMNA, ISTAC-IIUM

 

 

*Kredit foto : Instagram smnalibrary

Tarikh Input: 28/10/2022 | Kemaskini: 28/10/2022 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUEAN~