Serdang, 17 Mac - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha mengerat kerjasama dan memperkukuh jaringan komuniti telah menerima tiga kumpulan pelawat pada bulan Mac 2023.
Melalui sesi lawatan ini, para pelawat telah diberi pendedahan secara ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan kepada para warga UPM. Para pelawat juga dibawa mengikuti sesi lawatan berpandu melawat sekitar kawasan PSAS. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab dari para peserta.
Lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dol Said, Melaka pada 9 Februari 2023 seramai 80 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru.
Lawatan dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur pada 13 Februari 2023 seramai 8 orang
Lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang pada 17 Februari 2023 seramai 80 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru.
Tarikh Input: 21/03/2023 | Kemaskini: 21/03/2023 | j_mohdshahril
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.