Lawatan Benchmarking Dari Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Lawatan Benchmarking dari Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis

Lawatan Benchmarking dari Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis

Oleh Nur Farhana Abdullah dan Mohd Dasuki Sahak

 

SERDANG, 2 MAC 2020: Kejayaan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia menukar Sistem Bersepadu Perpustakaan dari Sistem Virtua kepada Sistem KOHA  pada tahun 2016 telah menarik perhatian pihak Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertukaran sistem ini dengan mengadakan Lawatan Penanda Aras (benchmarking).

 

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pustakawan UniMAP,  Puan Mazmin Mat Akhir disambut oleh Ketua Pustakawan UPM, Encik Muzaffar Shah Kassim dan pustakawan-pustakawan PSAS. Kemudian, delegasi lawatan diterangkan mengenai Sistem KOHA, amalan-amalan terbaik, dan pengalaman yang dilalui oleh pegawai-pegawai PSAS semasa projek pertukaran sistem ini.

 

Tarikh Input: 03/03/2020 | Kemaskini: 05/03/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdNAd~