Bengkel Pembangunan Sistem Memori Korporat PSAS | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Bengkel Pembangunan Sistem Memori Korporat PSAS

Bengkel Pembangunan Sistem Memori Korporat PSAS

SERDANG, 20 Mei 2020 - Pengurusan pengetahuan (knowledge management) ialah aktiviti yang berstruktur melalui perkongsian dan penggunaan maklumat yang betul dalam usaha berterusan menambahbaik sebuah organisasi. 

Kehilangan memori korporat memungkinkan pengulangan kesilapan masa lepas pada sesebuah organisasi. Oleh itu, Perpustakaan Sultan Abdul Samad mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Bengkel Pembangunan Sistem Memori Korporat PSAS pada 20 Mei 2020 melalui aplikasi Zoom. Bengkel ini telah dihadiri oleh 14 orang peserta yang mewakili setiap bahagian di PSAS dalam usaha merangka pelan jangka panjang dan kaedah terbaik bagi pengumpulan bahan memori korporat menggunakan platform OpenKM.

Serdang, Jun 19, 2020 -Bengkel ini diharap dapat menjadi pembuka jalan kepada PSAS bagi menguruskan memori korporat PSAS dengan lebih baik dan membantu meningkatkan perkhidmatan pelanggan, penyelesaian masalah yang lebih pantas dan kekal relevan sebagai penyedia maklumat di era K-Ekonomi.

 

 

 

Tarikh Input: 19/06/2020 | Kemaskini: 19/06/2020 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdUAt~