Portal Discovery@Lib Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) merupakan sebuah portal pencarian maklumat setempat yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna perpustakaan membuat pencarian maklumat dan koleksi perpustakaan seperti buku, tesis, artikel, kertas persidangan dan lain-lain.
Discovery@Lib telah mengindeks empat (4) sistem aplikasi utama di PSAS iaitu (Sistem Bersepadu Perpustakaan KOHA, Repositori Institusi UPM IR, UPM eTheses dan UPM MyAGRIC). Sehingga kini sebanyak 453,969 data telah diindeks.
Discovery@Lib jugak telah diintegrasikan dengan sistem KOHA dimana sistem ini dapat memaparkan status buku di perpustakaan. Sistem ini boleh diakses menggunakan alamat http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/
Tarikh Input: 28/02/2020 | Kemaskini: 28/02/2020 | muizzudin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.