Platform Excellence In Research For Australia (ERA) Journal List | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» ARTIKEL » Platform Excellence in Research for Australia (ERA) Journal List

Platform Excellence in Research for Australia (ERA) Journal List

Oleh: Khairil Ridzuan Khahirullah

ERA adalah inisiatif Excellence in Research for Australia. Ianya dibangunkan oleh Majlis Penyelidikan Australia (ARC) bersama dengan Jabatan Inovasi, Industri, Sains dan Penyelidikan yang bertujuan untuk mengenal pasti dan mempromosikan kecemerlangan aktiviti penyelidikan di Australia dalam semua bidang penyelidikan termasuk penemuan, eksperimen dan gunaan. ERA mula menerbitkan senarai jurnal mereka buat pertama kalinya pada tahun 2010, diikuti pada tahun 2012, 2015 dan terkini adalah 2018. Scopus menjadi penyedia data petikan untuk tiga senarai ERA yang terawal. Bagi ERA 2018, Web of Science (WoS), yang dihasilkan oleh Clarivate Analytics, adalah penyedia petikan. Senarai jurnal ERA yang seterusnya mungkin akan tersedia pada tahun 2023.

Selain daripada Scopus dan WoS, senarai jurnal yang terdapat di dalam ERA juga termasuk dalam kriteria penerbitan yang dinilai di dalam Malaysia Research Assessment Instrument II (MyRA® II). MyRA merupakan satu sistem komprehensif yang dibangunkan bagi menilai keupayaan dan prestasi penyelidikan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), Universiti Putra Malaysia hanya menyenaraikan SCOPUS dan JCR sahaja bagi kategori Citation Indexed Journal (CIJ) bagi syarat bergaraduat bagi pelajar Master dan PhD dengan Penyelidikan. Walaubagaimanapun, pada November 2020 pihak SGS telah mengemaskini syarat bergaraduat tersebut dengan menyenaraikan ERA di dalam kategori CIJ. Sehubungan dengan itu, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan dan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu platform yang menyenaraikan senarai jurnal ERA bermula tahun 2012-2018. Platform ini siap sepenuhnya pada 6 Februari 2021 dan dapat di akses melalui url http://era.upm.edu.my/.

Sebelum ini tiada pangkalan data atau platform khusus yang menyediakan keseluruhan senarai jurnal ERA. Tujuan utama platform ini diwujudkan adalah bagi membantu para pelajar, pensyarah, penyelidik dan seluruh komuniti dalam dan luar UPM bagi mendapatkan senarai jurnal yang berkaitan dalam membantu mereka memilih jurnal yang berkualti dan berimpak tinggi untuk diterbitkan terutama dalam bidang Sains Sosial.
Platform ini akan ditambah baik dari masa ke semasa. Diharapkan platform ini akan dapat membantu para pelajar, pensyarah dan penyelidik UPM untuk meningkatkan proses pembelajaran, pengajaran serta penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi.

URL ERA: http://era.upm.edu.my/

Paparan 'Homepage' web ERA UPM

Tarikh Input: 13/01/2022 | Kemaskini: 13/01/2022 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdTAa~