Penggunaan Aplikasi Perisian Sumber Terbuka Di Perpustakaan Sultan Abdul Samad | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» ARTIKEL » Penggunaan Aplikasi Perisian Sumber Terbuka di Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Penggunaan Aplikasi Perisian Sumber Terbuka di Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) merujuk bagi perisian yang dilesenkan kepada pengguna di bawah terma minimum tertentu. Pengguna memiliki hak untuk menggunakan, menyalin, mengakses, mengubah dan mengagihkan perisian (sama ada dalam bentuk asal atau diubah suai tanpa bayaran royalti atau yuran lain). Terdapat perbezaan dari segi makna dan terma untuk Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) dan Perisian Percuma (Free Software). Di antaraperbezaaan tersebut adalah seperti yang tertera di dalam jadual berikut.

Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)

Perisian Percuma (Free Software)

•       Pengagihan perisian bebas oleh pengguna tanpa perlu membayar royalti/yuran

•       Kod sumber disediakan kepada pengguna

•       Pengubahsuaian dan penciptaan hasil kerja derivatif dibenarkan

•       Integriti kod sumber, iaitu pemilik mungkin memerlukan pengguna untuk mengedarkan versi asal termasuk pengubahsuaian

•       Tiada diskriminasi terhadap orang yang mungkin/tidak menggunakan perisian

•       Tiada diskriminasi terhadap bidang tertentu, iaitu boleh digunakan untuk sebarang tujuan

•       Hak-hak yang diberikan kepada perisian tidak memerlukan pelaksanaan lesen tambahan

•       Lesen mestilah tidak dihadkan kepada teknologi tertentu, iaitu neutral teknologi

•       Lesen tidak mengehadkan perisian lain diedarkan bersama

 

•       bebas untuk mengguna

•       bebas untuk menyalin

•       bebas untuk mengkaji dan mengubahsuai

•       bebas untuk mengedarkannya

•       bebas untuk memperbaiki

 

 

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia, telah mula mengadaptasi Perisian Sumber Terbuka ini sejak tahun 2008, dimana PSAS telah mula menggunakan perisian EPrints untuk membangunkan Sistem Repositori Institusi UPM (UPM IR). Sistem ini dibangunkan sendiri oleh pustakawan yang bertugas di Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat. Sehingga kini terdapat hampir empat perisian yang menggunakan platform EPrints iaitu UPM eTheses, UPM MyAGRIC dan PSAS Working Paper.

PSAS juga telah menggunakan Perisian KOHA, sebuah sistem pengurusan perpustakaan bersepadu. Perisian ini berasal dari New Zealand dan telah banyak perpustakaan yang mengunapakai perisian ini, di PSAS terdapat 2 sistem yang dibangunkan menggunakan KOHA iaitu KOHA PSAS dan KOHA ELIB.

Kemudian pada tahun 2010, PSAS telah menggunakan perisian DSpace untuk membangunkan Portal Web AGRIS seperti yang disarankan oleh pihak Food and Agriculture Organization (FAO). Versi perisian yang digunakan adalah DSpace 1.7.

Pada tahun 2013, Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat telah membangunkan sebuah portal Memory@Serdang iaitu sebuah galeri yang menyimpan koleksi-koleksi foto yang tersimpan di Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan (BMAP). Perisian yang digunapakai ialah ResourceSpace. ResourceSpace merupakan perisian yang di keluarkan oleh sebuah syarikat di United Kingdom.

Seterusnya, PSAS juga banyak membangunkan portal-portal maklumat dengan menggunakan perisian Content Management System (CMS) Wordpress dan Joomla. Kesemua portal-portal dibangunkan dan diselenggara sendiri oleh pustakawan di PSAS. Antara portal-portal yang dibangunkan menggunakan WordPress adalah Portal UPM Sage, UPM InfoHub, UPM Bank Data, Read@Uni dan Portal MyUniNet.

Pada tahun 2019, PSAS juga telah membangunkan sebuah portal pencarian maklumat setempat (Discovery@Lib) menggunakan perisian Vufind. Perisian ini merupakan sebuah discovery layer yang mampu untuk mengindeks data-data dari sistem perpustakaan, sistem repositori dan portal-portal.

PSAS turut membangunkan Portal e-Learning sendiri menggunakan perisian Moodle, Portal ini bertujuan untuk menyimpan semua modul-modul latihan untuk Sesi Pengenalan Perpustakaan dan bagi memudahkan pustakawan semasa kelas pengajaran dan pelajar juga mudah untuk merujuk modul-modul latihan yang berkaitan.

 

 

Tarikh Input: 08/02/2020 | Kemaskini: 15/04/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdJAN~